DUNIA

OLIMPIK PARIS: EMAS PERTAMA BUAT ATLET NEUTRAL

03/08/2024 07:57 AM

PARIS, 3 Ogos (Bernama-dpa) -- Atlet gimnastik, Ivan Litvinovich menjadi pemenang pingat emas pertama di Sukan Olimpik Paris daripada kalangan 31 atlet Rusia dan Belarus yang dibenarkan bertanding sebagai Atlet Neutral Berdaftar (AIN).

Litvinovich dari Belarus mengatasi atlet China, Wang Zisai dan Yan Langyu, lapor Agensi Berita Jerman, dpa.

Semasa upacara penyampaian pingat, satu lagu khas dimainkan untuk pemenang kerana atlet Rusia dan Belarus mesti bertanding tanpa sebarang simbol kebangsaan di Paris dan selepas proses tapisan ketat berkaitan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

Viyaleta Bardzilouskaya dari Belarus sebelum ini memenangi perak dalam acara trampolin wanita.

Atlet neutral dari Rusia juga dijangka membawa pulang pingat ekoran Mirra Adreeva dan Diana Shnaider mara ke final beregu wanita.

-- BERNAMA-dpa

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan