AM

PM ANWAR SAMPAI SUMBANGAN KEPADA AKTIVIS REFORMASI

08/08/2024 01:44 PM

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada aktivis reformasi Mohd Shamsuri Alias bagi membantu mengurangkan tekanan kewangan yang dihadapinya.

Anwar berkata sumbangan itu disampaikan menerusi setiausaha politik beliau, Ahmad Farhan Fauzi yang melawat Mohd Shamsuri menerusi Ziarah MADANI di Klang, Selangor baru-baru ini. 

Perdana Menteri berkata Mohd Shamsuri bergiat aktif bersama PKR cabang Kota Raja sejak awal penubuhan parti berkenaan. 

"Saudara Farhan sempat menyampaikan salam saya serta bertanyakan khabar kepada saudara Shamsuri yang kekal tabah berdepan ujian, selain tekal dalam perjuangan.

"Jasa dan pengorbanan para aktivis reformasi yang telah berjuang sejak era reformasi 1998 akan sentiasa dalam ingatan, Insya-Allah," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Anwar berharap sumbangan yang diberikan dapat membantu meringankan beban kos sara hidup Mohd Shamsuri dan keluarganya.

-- BERNAMA 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan