DUNIA

PRESIDEN TUNISIA PECAT AHMED HACHANI, LANTIK PERDANA MENTERI BAHARU

08/08/2024 05:19 PM

TUNIS, 8 Ogos (Bernama-Xinhua) -- Presiden Tunisia, Kais Saied pada Rabu melantik Menteri Hal Ehwal Sosial, Kamel Maddouri sebagai Perdana Menteri baharu bagi menggantikan Ahmed Hachani, menurut kenyataan pejabat presiden, lapor Xinhua.

Bagaimanapun, pejabat presiden tidak memberikan butiran lanjut mengenai keputusan ini.

Pelantikan itu dibuat dua bulan sebelum pilihan raya presiden yang dijadualkan pada 6 Oktober.

Maddouri, yang dilahirkan pada 1974, dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Sosial pada 25 Mei 2024.

Sebelum pelantikan itu, beliau berkhidmat sebagai Pengerusi Dana Insurans Kesihatan Nasional.

Ahmed Hachani dilantik sebagai perdana menteri pada Ogos tahun lalu.

-- BERNAMA-XINHUA

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan