AM

KADA MINTA KERAJAAN RUNDING DENGAN KELANTAN BINA CERUCUK

08/08/2024 09:43 PM

KOTA BHARU, 8 Ogos (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) meminta kerajaan Persekutuan mengadakan rundingan dengan Kelantan berkaitan pembinaan sheetpile atau kepingan cerucuk bagi memastikan kelangsungan hidup ribuan petani di negeri ini.

Pengerusi KADA Muhammad Husain berkata langkah itu adalah pelan jangka panjang yang bukan hanya untuk manfaat petani tetapi juga melibatkan isu keterjaminan makanan negara.

"Saya dimaklumkan paras air sungai telah meningkat ekoran hujan lebat di kawasan hulu Sungai Kelantan dan membolehkan pam di Stesen Kemubu 2 beroperasi dengan baik namun keadaan akan kembali buruk jika berlaku lagi kemarau. 

"Antara penyelesaian utama bagi masalah paras air yang rendah dan kelumpuhan stesen pam Kemubu adalah dengan membina kembali atau membaik pulih segera sheetpile sedia ada yang telah roboh," katanya dalam kenyataan hari ini.

-- BERNAMA

 

 


 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan