AM

LANGKAWI TRAVEL FAIR TAWAR PAKEJ PERCUTIAN TERMURAH

10/08/2024 12:32 AM

KUALA LUMPUR 9 Ogos (Bernama) -- Bagi menyemarakkan lagi industri pelancongan negara, Langkawi Travel Fair akan diadakan pada 16-18 Ogos 2024 ini di Datum Jelatek Shopping Centre, di sini.

Tujuan Langkawi Travel Fair ini diadakan buat julung kalinya adalah untuk menghimpunkan 32 gerai seluruh pemain industri pelancongan Langkawi yang terdiri daripada pemilik produk, agen pelancongan, hotel 3 bintang dan ke bawah dengan menggunakan hashtag #LangkawiMurah #CuticutiMalaysia #NaturallyLangkawi dan #ExploreLangkawi.

Objektif kedua ialah untuk membuang persepsi yang mengatakan Langkawi mahal dari segala sudut.

Dengan adanya Travel Fair ini, pelancong-pelancong di sekitar Lembah Klang, khasnya Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan dapat mengunjunginya.

Pasaran domestik Langkawi 70 peratus datangnya daripada Lembah Klang.

Datum Jelatek Shopping mall adalah tempat yang paling sesuai untuk diadakan Travel Fair ini disebabkan akses berdekatan LRT serta  bangunan-bangunan residen.

Target jualan pakej selama 3 hari ialah sebanyak RM11 Juta. Langkawi Travel Fair ini juga disokong oleh Tourism Malaysia dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).

Langkawi Travel Fair dianjurkan oleh Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA) dengan kerjasama DatumCorp International akan mempromosikan Langkawi secara berterusan bersama agensi-agensi kerajaan di Langkawi untuk mencapai sasaran 3 juta pelancong sehingga 31 Disember 2024.

Kenapa kita memilih hashtag #LangkawiMurah adalah kerana buat pertama kalinya kita membawa pemilik-pemilik hotel 3 bintang ke bawah serta pemilik-pemilik agen pelancongan yang boleh membuat keputusan pada 3 hari Travel Fair itu dijalankan.

Keistimewaan Langkawi Travel Fair ialah para pengunjung boleh mendapat potongan 10 sehingga 40 peratus hanya pada hari Travel Fair itu berlangsung. Pakej-pakej ini juga sah sehingga Februari 2025 iaitu Tahun Melawat Kedah.

Sebagai makluman kepada pihak media, baik daripada media cetak mahupun media elektronik, kita berhasrat untuk menjadikan Travel Fair ini sebagai acara tahunan dan ia akan menjelajah di seluruh bandar-bandar utama di Malaysia ataupun bandar-bandar kedua di seluruh negara.

Objektif seterusnya adalah untuk menjadikan Langkawi sebagai Pulau Peranginan nombor satu di Malaysia serta salah satu pulau tercantik di dunia. Sasaran kita ialah sebanyak 15000 pengunjung sepanjang 3 hari acara ini berlangsung.

-- BERNAMA

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan