DUNIA

HUBUNGAN ISTIMEWA ANTARA MALAYSIA DAN BRUNEI PERLU DIPELIHARA - MOHAMAD

12/08/2024 01:04 AM

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan bahawa hubungan istimewa antara Malaysia dan Brunei perlu dipelihara.

Menurut Kementerian Luar di platform X, Mohamad dalam ucapannya semasa majlis makan malam memperingati ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik Malaysia dan Brunei di Bandar Seri Begawan pada Ahad malam, turut menggalakkan usaha untuk meningkatkan kerjasama dua hala antara kedua-dua negara.

Mohamad dan Menteri Luar Brunei Datuk Seri Setia Erywan Pehin Yusof, merupakan tetamu kehormat pada majlis makan malam itu, katanya.

Majlis itu turut dihadiri pembesar Brunei, pegawai kanan Kerajaan Brunei, dan Ketua Perwakilan Asing.

Mohamad kini dalam lawatan kerja selama dua hari ke Brunei untuk menghadiri Mesyuarat Ke-25 Pelaksanaan Pertukaran Surat antara Malaysia dan Brunei (EOL-25).

-- BERNAMA 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan