DUNIA

AS ATASI PERANCIS UNTUK MENANG EMAS TERAKHIR SUKAN OLIMPIK PARIS DALAM BOLA KERANJANG WANITA

12/08/2024 06:32 AM

PARIS, 11 Ogos (Bernama-dpa) -- Amerika Syarikat (AS) menewaskan Perancis 67-66 dalam final bola keranjang wanita untuk merangkul pingat emas terakhir Sukan Olimpik Paris 2024, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Ia merupakan kemenangan perlawanan ke-61 berturut-turut bagi pasukan Amerika yang memperoleh emas kelapan berturut-turut, satu rekod acara pasukan Olimpik.

Namun, perlawanan itu berlangsung dengan sengit apabila AS terpaksa bangkit daripada ketinggalan 10 mata pada suku ketiga. Perancis hampir menyamakan kedudukan dengan bunyi buzzer untuk memaksa masa tambahan tetapi Gabby Williams telah melangkah sedikit ke dalam garisan tiga mata.

A'ja Wilson menjadi penyumbang utama dengan 21 mata untuk pasukan AS yang kali terakhir tewas dalam perlawanan di separuh akhir 1992 menentang Komanwel Negara-Negara Merdeka (CIS).

Kemenangan itu menyaksikan AS menduduki tangga teratas carta pingat keseluruhan Olimpik Paris dengan 40-44-42, mengatasi China yang memperoleh 40-27-24.

-- BERNAMA-dpa


 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan