DUNIA

NIAGA HADAPAN FBM KLCI MENINGKAT

12/08/2024 10:48 AM

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives meningkat pagi ini berikutan kenaikan bagi prestasi asas pasaran tunai.

Pada 10.07 pagi, kontrak Ogos 2024 dan September 2024 masing-masing meningkat 16.5 mata kepada 1,610 dan 1,592.

Kontrak Disember 2024 menambah 15 mata kepada 1,596 manakala kontrak Mac 2024 menokok 16 mata kepada 1,583.

Jumlah dagangan sebanyak 3,745 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 43,770 kontrak.

Pada 10.29 pagi, indeks FBM KLCI menambah 8.34 mata kepada 1,604.39 berbanding 1,596.05 semasa ditutup pada Jumaat.

-- BERNAMA

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan