AM

650 PELAJAR SMK AMINUDDIN BAKI ZAHIR RASA CINTA PADA NEGARA

12/08/2024 06:52 PM

IPOH, 12 Ogos (Bernama) -- Seramai 650 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminuddin Baki, Chemor menzahirkan rasa cinta pada negara dengan melibatkan diri dalam Sambutan Bulan Kebangsaan anjuran Kelab Malaysiaku, SMK Aminuddin Baki dan Pejabat Penerangan Daerah Kinta di sini hari ini. 

Pegawai Penerangan Daerah Kinta Nurul Azirah Mohd Yunus berkata program sebegini adalah titik tolak bagi menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kebangsaan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-67. 

Nurul Azirah berkata ia juga bagi menyahut saranan kerajaan agar Jalur Gemilang dapat dikibarkan di setiap kediaman sejajar dengan inisiatif kerajaan, Satu Rumah Satu Jalur Gemilang. 

Program diserikan dengan aktiviti termasuk Bacaan Lafaz Ikrar Rukun Negara, Persembahan Sajak Murid Pendidikan Khas, Nyanyian Lagu Patriotik, Kuiz Kenegaraan dan Penyerahan Jalur Gemilang. 

Juga dipromosikan ialah tema Bulan Kebangsaan bagi tahun ini iaitu Malaysia MADANI Jiwa Merdeka.

Turut hadir Pengetua SMK Aminuddin Baki Mastura Kahan Saaib.

-- BERNAMA 

 

 

 

 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan