AM

KSN ADAKAN PERTEMUAN DENGAN PERDANA MENTERI

12/08/2024 07:08 PM

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang baharu Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar hari ini mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi catatan di laman Facebook rasminya hari ini, Shamsul Azri berkata pertemuan itu telah dimanfaatkan dengan mendengar amanat Perdana Menteri berkaitan reformasi perkhidmatan awam, pengukuhan tatakelola dan sinergi strategik awam-swasta.

“Saya menyatakan komitmen penuh dalam menggalas amanah ini bersama-sama seluruh keluarga besar Perkhidmatan Awam dengan penuh taat setia dan sedaya upaya,“ katanya. 

Shamsul Azri yang merupakan bekas Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), dilantik sebagai KSN ke-16 berkuasa kuasa hari ini. Beliau menggantikan Tan Sri Mohd Zuki Ali yang tamat kontrak perkhidmatan pada 10 Ogos lepas.

-- BERNAMA

 

 

 

 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan