JENAYAH & MAHKAMAH

SUSPEK TIKAM DUA WANITA DI TANDAS SURAU BERJAYA DIBERKAS

13/08/2024 10:49 AM

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) --  Suspek lelaki yang menyerang seorang jurujual dan guru besar sekolah dengan pisau rambo di tandas Surau Al-Ehsaniah Ahmadiah, Kelana Jaya, Petaling Jaya, Jumaat lepas berjaya ditahan di Kajang, Selangor pada 1.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Ja'afar berkata lelaki tempatan berusia 46 tahun itu diberkas ketika bersembunyi di rumah kenalannya di kawasan berkenaan.

“Polis akan membuat permohonan reman terhadap suspek di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pagi ini bagi siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Dalam kejadian 1.30 tengah hari itu, seorang jurujual berusia 26 tahun mengalami kecederaan kepala dan perut manakala guru besar berusia 52 tahun mengalami luka pada lengan dan tangan kiri akibat diserang lelaki itu.

Setakat ini tujuh orang saksi telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan

-- BERNAMA

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan