JENAYAH & MAHKAMAH

SPRM KESAN TAN SEE MENG BANTU SIASATAN KES

13/08/2024 11:02 AM

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya sedang mengesan seorang lelaki warga tempatan bagi membantu siasatan kes.

SPRM dalam kenyataan di sini hari ini memaklumkan pihaknya sedang mengesan Tan See Meng, 67, yang mempunyai alamat terakhir di 31, Jalan Damar Laut 3, Glenmarie Cove, Telok Gong, 42000 Port Klang, Selangor.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu berkenaan diminta menghubungi pegawai penyiasat Suppiah Thevar Sokkathevar di talian 03-88700298, 019-4641129 atau e-mel kepada suppiah@sprm.gov.my.

-- BERNAMA

 

 


 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan