DUNIA

NIAGA HADAPAN FBM KLCI DITUTUP RENDAH

15/08/2024 07:05 PM

KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini.

Kontrak bulan semerta Ogos 2024 merosot 0.5 mata kepada 1,616.50, September 2024 berkurang 1.0 mata kepada 1,597.00, Disember 2024 turun 1.0 mata kepada 1,602.50 dan Mac 2025 bertambah 1.0 mata kepada 1,588.50.

Jumlah dagangan merosot kepada 6,435 lot daripada 7,480 pada Rabu manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 45,579 kontrak daripada 46,573.

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 0.04 peratus atau 0.59 mata kepada 1,612.94 daripada 1,612.35 sewaktu ditutup pada Rabu.

-- BERNAMA

 

 


 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan