BERITA TERGEMPAR   Pelarasan gaji sebanyak 15 peratus kepada pegawai Kumpulan Pelaksana dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional - PM Anwar | PM Anwar umum pelarasan gaji sebanyak tujuh peratus kepada pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi | 
 DUNIA

NIAGA HADAPAN FBM KLCI DIBUKA TINGGI

16/08/2024 10:27 AM

KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives tinggi dalam dagangan awal hari ini.

Setakat 9.05 pagi, kontrak Ogos 2024 dan September 2024, masing-masing naik 13.0 mata kepada 1,629.50 dan 1,610.00 manakala Disember 2024 dan Mac 2025, masing-masing menambah 12.5 mata kepada 1,615.00 dan 1,601.00.

Jumlah dagangan sebanyak 2,237 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 42,339 kontrak.

Pada 9.25 pagi, FBM KLCI naik 9.82 mata kepada 1,622.76 daripada 1,622.76 pada Khamis.

-- BERNAMA  

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan