BERITA TERGEMPAR   Pelarasan gaji sebanyak 15 peratus kepada pegawai Kumpulan Pelaksana dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional - PM Anwar | PM Anwar umum pelarasan gaji sebanyak tujuh peratus kepada pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi | 
 DUNIA

KADAR JANGKA PENDEK DIJANGKA KEKAL STABIL BERIKUTAN OPERASI BNM

16/08/2024 10:28 AM

KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) -- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM31.37 bilion dalam sistem konvensional dan RM22.86 bilion dalam dana Islam. 

Bank pusat akan menjalankan tender repo berbalik bernilai RM1.5 bilion untuk 32 hari dan tender repo berbalik Islam bernilai RM700 juta untuk 32 hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM32.9 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM23.6 bilion.

-- BERNAMA

 

 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan