BERITA TERGEMPAR | Pelarasan gaji sebanyak 15 peratus kepada pegawai Kumpulan Pelaksana dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional - PM Anwar | PM Anwar umum pelarasan gaji sebanyak tujuh peratus kepada pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi | |
KUCHING, 16 Ogos (Bernama) -- Cuaca panas sepanjang perlumbaan sejauh 109.8 kilometer (km) sedikit pun tidak melenturkan semangat Khairunnisa Aleeya Saifulnizam untuk menuju ke garisan penamat terlebih dahulu dalam acara lepas beramai-ramai individu wanita Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 hari ini.
Pelumba berusia 20 tahun itu mengekalkan momentum kayuhan di Lebuh Raya Pehin Sri Adenan Satem untuk menamatkan saingan di tempat pertama dengan 3 jam 34 minit 16 saat (s), sekali gus membutirkan pingat emas pertama skuad berbasikal Johor hari ini.
Pelumba Kedah, Nur Fitriah Shaari pula di tempat kedua dengan 3:34:34s untuk pingat perak manakala Nyo Ci Hui dari Perak pula membawa pulang gangsa selepas merekodkan 3:34:34s.
Sementara itu, dalam acara lepas beramai-ramai berpasukan wanita menyaksikan skuad berbasikal Kedah terdiri daripada Nur Fitrah Shaari, Nurul Nabilah Mohd Asri P. Phi Kun dan Zahra Afifah Zamri meraih ermas dengan catatan masa keseluruhan 10::43:43s.
Johor yang diwakili Khairunnisa Aleeya, Dania Avriel Alviera Azif, Nurina Qistina Zahraa Dewa Indra, Noormastura Norman dan Siti Nurbalqis Akkaradet pula di tempat kedua dengan catatan masa 10:43.43s manakala Terengganu terpaksa berpuas hati dengan gangsa selepas mencatat 10:43:43s.
-- BERNAMA