BERITA TERGEMPAR   Tanah jerlus: JKM akan beri bantuan kaunseling kepada keluarga mangsa - Dr Zaliha | 
 AM

JKNS SIASAT DAKWAAN 'PENGALAMAN NGERI' WANITA BERSALIN DI HOSPITAL KERAJAAN

24/08/2024 08:06 PM

SHAH ALAM, 24 Ogos (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) sedang menyiasat dakwaan pengalaman ngeri seorang wanita menjalani pembedahan bersalin di sebuah hospital kerajaan di negeri ini. 

JKNS dalam kenyataan memaklumkan buat masa ini pihaknya sedang meneliti pengurusan pesakit berkenaan sepanjang tempoh rawatan semasa berada di hospital tersebut. 

"Pihak hospital akan menghubungi pemilik akaun TikTok berkenaan bagi mengaturkan sesi pertemuan bersama pesakit dalam masa terdekat," menurut kenyataan tersebut. 

JKNS dalam kenyataan sama turut menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi serta memberi ruang kepada hospital bagi melengkapkan siasatan.

Sebelum ini tular di media sosial menerusi video bertajuk 'Pengalaman bersalin CZER di Hospital Kerajaan paling ngeri 2024' yang mendakwa telah berlaku kecuaian oleh pihak petugas kesihatan ketika prosedur berkenaan berlangsung sehingga menjejaskan fungsi badannya. 

-- BERNAMA 

 

 

 

 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan