SUKAN

PARIS 2024: BERITA RINGKAS 1 SEPT

01/09/2024 08:00 PM

PARIS, 1 Sept (Bernama) -- Berikut berita ringkas atlet Malaysia pada hari keempat temasya Sukan Paralimpik Paris 2024, pada Ahad.

 

BERBASIKAL TREK:

Wakil negara Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais-Nurul Suhada Zainal (jurumudi) gagal merebut pingat acara 3,000 meter (m) kejar mengejar individu wanita B (kecacatan penglihatan) selepas kayuhan mereka terhenti di peringkat kelayakan.

Nur Azlia Syafinaz-Nurul Suhada mencatatkan 3 minit 49.029 saat (s) sekali gus menduduki tempat kelapan pada saingan di Velodrom Saint-Quentin-En-Yvelines, kira-kira setengah jam perjalanan dari sini.

Hanya dua pelumba teratas mara ke perlumbaan penentuan pingat emas manakala mereka yang menduduki tempat ketiga dan keempat dalam peringkat kelayakan akan berlumba untuk pingat gangsa.

Wakil Great Britain Sophie Unwin-Jenny Holl muncul pelumba terbaik dengan 3:17.643s dan memecahkan rekod dunia milik Lora Fachie-Corrine Hall juga dari negara sama dengan catatan masa 3:19.483s di Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

-- BERNAMA

 

 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan