AM

WARGA EMAS HILANG SELEPAS PERAHU DILANGGAR BOT LAJU

02/09/2024 03:43 PM

MUKAH, 2 Sept (Bernama) -- Seorang lelaki warga emas hilang selepas terjatuh ke dalam sungai apabila perahunya berlanggar dengan sebuah bot laju di kawasan antara Kampung Sua dan Kampung Klid, Batang Oya, Dalat hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata mangsa dikenali sebagai Dos Katek, berusia lingkungan 80-an dan berasal dari Kampung Klid.

“Kejadian berlaku pada jarak 39 kilometer dari Waterfront Dalat. Bomba menerima panggilan berkaitan insiden itu pada 9.42 pagi dan pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah digegaskan ke lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jurucakap itu memaklumkan perjalanan dari Waterfront Dalat ke lokasi kejadian dengan menaiki bot polis memakan masa 1 jam 30 minit.

Setakat ini operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan.

-- BERNAMA

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan