AM

OPERASI SKALA TERHAD KAUNTER PERKHIDMATAN LHDN JOHOR BAHRU DILANJUT HINGGA 30 SEPT

04/09/2024 05:11 PM

JOHOR BAHRU, 4 Sept (Bernama) -- Operasi kaunter perkhidmatan percukaian di Menara HASiL Johor Bahru pada skala terhad berikutan kerja-kerja naik taraf aras G menara berkenaan telah dilanjutkan hingga 30 September.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan sebagai alternatif, pembayar cukai digalakkan menggunakan e-Janji Temu menerusi portal LHDN atau menggunakan e-Perkhidmatan yang boleh diakses menerusi gerbang portal MyTax di https://mytax.hasil.gov.my. 

Menurut kenyataan itu, pembayar cukai juga dinasihatkan untuk berkunjung ke pejabat LHDN berdekatan iaitu UTC Galleria Johor Bahru, UTC Pasir Gudang, pejabat satelit Pontian dan pejabat satelit Kota Tinggi.

LHDN memaklumkan lagi sebarang pertanyaan serta maklum balas boleh dibuat dengan menghubungi Hasil Contact Centre (HCC) di talian 03-8911 1000/603-8911 1000 (luar negara) atau menerusi Live Chat dan borang maklum balas di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/

-- BERNAMA

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan