DUNIA

PERDANA MENTERI BERMINAT LAWAT MOSCOW, ST.PETERSBURG

07/09/2024 02:03 AM

VLADIVOSTOK (Rusia), 6 Sept (Bernama-Sputnik) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu wawancara dengan RIA Novosti dan RT berkata beliau teruja dengan lawatan sulungnya ke Rusia, yang sebelum ini hanya diketahuinya menerusi kesusasteraan Rusia dan menambah beliau ingin berkunjung ke St.Petersburg dan Moscow.

“Saya teruja, saya akan katakan dalam syarahan saya hari ini bahawa saya lebih mengetahui Rusia menerusi novel (Boris)  Pasternak, puisi Anna Akhmatova dan (Lev) Tolstoy … saya berhasrat untuk melihat Moscow dan terutamanya St.Petersburg, yang saya fikir sebuah daripada bandar raya yang menakjubkan di  dunia” kata Anwar, lapor Sputnik.

Perdana Menteri Malaysia itu tiba di bandar pelabuhan Pasifik Rusia, Vladivostok untuk lawatan selama dua hari bersempena Forum Ekonomi Timur (EEF).

Forum Ekonomi Timur bermula dari Selasa hingga Jumaat. Ia dihoskan oleh Far Eastern Federal University, di Vladivostok, Rusia, sebuah bandar pesisir pantai Pasifik. Sputnik ialah rakan kongsi  penerangan  berkenaan EEF 2024.  

--BERNAMA

 

 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan