AM

KANAK-KANAK HILANG JUMAAT LEPAS DITEMUKAN SELAMAT

08/09/2024 10:04 AM

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang dilaporkan hilang pada Jumaat lepas ditemukan selamat semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Ahmad Faizal Tahrim berkata Mohammed Ahil Sekh Abdul Alim dijumpai pada 7.15 malam di Bukit Beruntung dan telah diserahkan kepada ibu bapanya.

“Ketika ditemukan Mohammed Ahil Sekh sedang bermain dengan rakan-rakan di hadapan rumah di sebuah lorong di taman perumahan dan dalam keadaan sihat serta selamat.

"Beliau dijumpai oleh pemilik Madrasah Tahfiz Al-Quran Al Walid, Bukit Beruntung lokasi terakhir Mohammed Ahil Sekh dilihat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 Semalam, polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan Mohammed Ahil Sekh yang beralamat di sebuah pangsapuri di Rawang, Selangor dan kali terakhir dilihat di Masjid Madrasah Tahfiz Al-Quran Al Walid, Bukit Beruntung.

-- BERNAMA

 

 

 


 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan