AM

AGENDA REFORMASI PERKHIDMATAN AWAM TUMPU LIMA BIDANG KEBERHASILAN REFORMASI

10/09/2024 04:54 PM

PUTRAJAYA, 10 Sept (Bernama) -- Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar akan menumpukan lima Bidang Keberhasilan Reformasi (BKR) yang diperkukuh dengan 20 strategi dalam Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam digagaskan beliau.

Lima BKR itu ialah Penghayatan Nilai dan Tatakelola, Pembangunan Modal Insan, Pembangunan Organisasi, Penyampaian Perkhidmatan, dan Memperkasakan Sinergi Awam dan Swasta.

Shamsul Azri semasa berucap pada Majlis Aspirasi Kepimpinan KSN di sini hari ini berkata sebahagian besar BKR itu adalah bersifat low hanging fruits atau sesuatu yang mudah dicapai dan ada juga memerlukan pelaksanaan dalam jangka masa sederhana dan panjang.

Justeru, beliau berkata kerajaan akan menggunakan pendekatan Associated and Integrated Strategy dalam usaha merealisasikan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam.

"Associated ini menekankan konsep whole-of-nation (keseluruhan negara) melibatkan sektor swasta dan Integrated pula ialah konsep whole-of government (keseluruhan kerajaan) membabitkan integrasi antara jabatan kerajaan," katanya.

-- BERNAMA 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan