DUNIA

ZON BEBAS KOMPREHENSIF ZHONGGUANCUN MULAKAN OPERASI

16/09/2024 02:14 PM

BEIJING, 16 Sept (Bernama-CMG) -- Kumpulan kargo pertama berjaya meluluskan prosedur kastam dan dibawa ke Zon Bebas Komprehensif Zhongguancun Beijing pada mutakhir ini, dan ia sekali gus menandakan zon bebas komprehensif terbabit secara rasmi memulakan operasinya.

Sebagai zon bebas komprehensif pertama yang berteraskan penyelidikan dan pembangunan (R&D) di China, Zon Bebas Komprehensif Zhongguancun Beijing telah meluluskan prosedur oleh tujuh jabatan kerajaan termasuk Pentadbiran Am Kastam China (GACC). 

Sekarang, zon bebas itu menyediakan pelbagai perkhidmatan termasuk e-dagang rentas sempadan, pembiayaan dan penyewaan, perisian bertaraf tinggi dan lain-lain.

Dengan adanya "pagar elektronik", iaitu mod penyeliaan pintar, kargo dari luar negara dapat meluluskan prosedur kastam dengan pantas sehingga dalam beberapa saat sahaja.

Sehingga kini, terdapat lapan syarikat dari sektor litar bersepadu, perubatan dan kesihatan, bahan baharu, tenaga pada masa depan dan lain-lain telah berdaftar untuk membuka pejabat di zon bebas  berkenaan.  

Berteraskan fungsi R&D, Zon Bebas Komprehensif Zhongguancun akan memperkasakan kemandirian sains dan teknologi bertaraf tinggi pada masa yang akan datang, menumpukan pembangunan rantaian inovasi dan rantaian perindustrian, supaya menjadikan zon itu sebagai platform kerjasama kuasa produktif kualiti baharu di peringkat global.

-- BERNAMA-CMG

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan