EKONOMI

NIAGA HADAPAN FBM KLCI KEBANYAKANNYA RENDAH DALAM DAGANGAN AWAL

30/09/2024 10:36 AM

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kebanyakannya rendah dalam dagangan awal hari ini.

Sehingga 9.30 pagi, kontrak September 2024 tidak berubah pada 1,658.50 manakala Oktober 2024 naik 1.0 mata kepada 1,664.5.

Disember 2024 merosot 4.0 mata kepada 1,666.0 dan Mac 2025 berkurangan 1.5 mata kepada 1,654.0.

Jumlah dagangan sebanyak 4,058 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 53,999 kontrak.

FBM KLCI merosot 4.35 mata kepada 1,655.74 selepas 30 minit dagangan.

-- BERNAMA  

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan