DUNIA

PRESIDEN UAE ARAH BANTUAN KECEMASAN US$100 JUTA UNTUK LUBNAN

30/09/2024 05:08 PM

ABU DHABI, 30 Sept (Bernama-WAM) -- Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan mengarahkan penghantaran pakej bantuan kecemasan bernilai US$100 juta kepada rakyat Lubnan.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan UAE untuk menyokong Lubnan dalam menghadapi cabaran semasa, sekali gus menekankan komitmen teguh negara itu dalam membantu rakyat Lubnan, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).

-- BERNAMA-WAM

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan