AM

RAKYAT PAHANG DISARAN KEMUKAKAN CADANGAN UNTUK BELANJAWAN NEGERI 2025

30/09/2024 11:38 PM

KUANTAN, 30 Sept (Bernama) -- Rakyat negeri ini disaran mengemukakan cadangan dan pandangan terhadap pengisian yang akan dipertimbangkan dengan teliti dalam Belanjawan Negeri Pahang 2025 bagi meningkatkan taraf hidup penduduk serta memajukan pembangunan negeri.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata suara rakyat negeri ini amat penting dalam membentuk dasar dan perancangan yang lebih inklusif dan berkesan.

Dalam hantaran di Facebooknya malam ini, beliau berkata setiap maklum balas dan pandangan yang diterima daripada rakyat negeri ini akan membantu kerajaan Pahang dalam merangka belanjawan yang lebih responsif dan berfokus. 

Tinjauan ini akan dijalankan bermula hari ini sehingga 8 Nov depan dan rakyat negeri ini boleh mengemukakan sebarang cadangan menerusi pautan https://esurvey.pahang.gov.my.

-- BERNAMA

 

 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan