AM

BANJIR: BOMBA SELAMATKAN PASANGAN OKU

03/10/2024 10:11 PM

IPOH, 3 Okt (Bernama) -- Pasangan orang kurang upaya (OKU) warga emas diselamatkan pasukan bomba selepas kediaman mereka dinaiki air di Kampung Salak Baru, dekat Trong hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad dalam kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 4.52 petang.

Beliau berkata enam anggota dengan satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Trong telah dikerahkan ke lokasi kejadian. 

"Mangsa melibatkan pasangan suami isteri berusia 75 dan 52 tahun terperangkap dalam banjir selepas rumah mereka dinaiki air dengan kedalaman 0.7 meter. 

"Bomba bertindak menjalankan operasi menyelamat dengan membawa kedua-dua mangsa keluar dari lokasi kejadian," katanya.

Menurutnya, mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk dipindahkan ke rumah saudara dan operasi ditamatkan pada 5.21 petang. 

-- BERNAMA

 

 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan