AM

JANGAN TOLAK ANSUR RASUAH, SALAH GUNA KUASA - PM ANWAR

05/10/2024 12:54 PM

TANJONG MALIM, 5 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan masyarakat agar memberikan sokongan kepada usaha kerajaan dalam memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Beliau berkata kerajaan akan mengambil sikap tegas terhadap individu yang mengaut kekayaan negara tanpa rasa tanggungjawab, sama ada pada masa lalu mahupun kini.

“Pendekatan tegas terhadap rasuah dan penyalahgunaan kuasa sering kali dijadikan alasan politik. Ada yang berkata, 'Oh, kasihan, dia dulu berjasa…semua orang pernah berjasa; ketua kampung, penghulu, dan tok imam juga berjasa.

“Tetapi, bolehkah mereka yang berjasa itu mencuri duit masjid? Sudah tentu tidak. Mengapa pula seorang menteri kewangan, jika beranggapan dirinya berjasa, boleh mencuri berbilion ringgit?” katanya ketika berucap pada majlis Syarahan Za'ba Seabad Pemikir Kemiskinan dan Hari Akademia Negara di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.

-- BERNAMA 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan