AM

BANJIR DI KEDAH PULIH, JUMLAH MANGSA DI SELANGOR MENURUN

05/10/2024 07:02 PM

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Keadaan banjir di Kedah pulih sepenuhnya, Selangor mencatatkan penurunan jumlah mangsa manakala situasi di Perak tidak menunjukkan sebarang perubahan setakat 5 petang ini. 

Di KEDAH, lapan pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di daerah Baling pada Khamis dan semalam ditutup secara berperingkat bermula 11 pagi hingga 5 petang ini. 

Sementara itu, di SELANGOR sebanyak 960 mangsa banjir masih berlindung di tujuh PPS, menurun berbanding 1,195 mangsa pagi tadi. 

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) semua mangsa itu dari Shah Alam, Gombak dan Kuala Selangor.

Di PERAK, jumlah mangsa banjir kekal 121 orang dengan kesemuanya ditempatkan di tiga PPS di Taiping dan Kerian. 

-- BERNAMA

 

 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan