AM

PROJEK RTB BAGAN DATUK BAWA 1,001 MANFAAT, KURANGKAN IMPAK BANJIR - AHMAD ZAHID

06/10/2024 03:49 PM

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Tebuk Semani dan Kampung Sungai Nipah di Bagan Datuk, Perak akan membawa 1,001 manfaat kepada penduduk di kawasan berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata menerusi projek berkenaan, ia juga akan dapat mengurangkan impak banjir serta kerosakan harta benda awam.

“Kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan saya dan saya akan memastikan projek ini diteruskan dengan jayanya, Insya-Allah,” menurut hantaran di laman Facebook Ahli Parlimen Bagan Datuk berkenaan hari ini.

Ahmad Zahid yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara sebelum itu menghadiri mesyuarat penyelarasan di Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk berkenaan cadangan projek RTB di Tebuk Semani dan Kampung Sungai Nipah.

-- BERNAMA=

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan