DUNIA

TREN KARGO KHAS EKSPORT AUTOMOBIL CHINA KE NEGARA ASIA TENGAH

11/10/2024 02:03 PM

URUMQI, 11 Okt (Bernama-CMG) -- Sebuah tren kargo membawa 261 unit automobil buatan China berlepas dari Zon Bebas Komprehensif Urumqi menuju ke Kazakhstan, pada Khamis.

Ini kali pertama automobil China dari Zon Bebas Komprehensif Urumqi dieksport ke negara Asia Tengah melalui tren kargo khas.

Dengan kaedah pengangkutan itu, pelepasan kastam hanya memerlukan tempoh dua hingga tiga hari, jauh lebih cepat berbanding 15 hari yang diambil melalui pengangkutan jalan raya sebelum ini.

Tren kargo khas itu dirancang beroperasi seminggu sekali dan dijangka 15,000 automobil komersial akan dieksport ke luar negara melalui pengangkutan ini sepanjang 2024.

Untuk rekod, Zon Bebas Komprehensif Urumqi telah mengeksport 3,882 automobil buatan China pada lapan bulan pertama tahun ini, kebanyakannya dijual ke Kazakhstan dan Rusia.

-- BERNAMA-CMG

 

 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan