AM

PANGLIMA TENTERA DARAT DIMASYHUR AHLI KE-300 'HALL OF FAME' USACGSC

12/10/2024 02:17 PM

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Panglima Tentera Darat (PTD) Jen Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan mencipta sejarah, apabila dimasyhurkan sebagai ahli ke-300 International Hall of Fame (IHOF) United States Army Command and General Staff College (USACGSC).

Majlis penganugerahan kepada Muhammad Hafizuddeain itu diadakan di Fort Leavenworth, Kansas, Amerika Syarikat, semalam. 

Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam kenyataan memaklumkan anugerah yang diterima  PTD itu merupakan satu pencapaian yang sangat membanggakan, kerana PTD menjadi rakyat Malaysia ketiga yang dimasyhurkan sebagai ahli IHOF USACGSC.

“PTD merupakan alumni USACGSG pada tahun 2001. Beliau merupakan rakyat Malaysia ketiga dianugerahkan ahli IHOF selepas Jen Tan Sri Md Hashim Hussein (PTD ke-18) dan Jen Tan Sri Mohd Shahrom Datuk Haji Nordin (PTD-ke19),” katanya.

Turut hadir pada majlis penganugerahan itu Pengerusi Jemaah Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Darat, Puan Sri Hartiah Hamzah. 

--BERNAMA

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan