SUKAN

PEARLY-THINAAH TERKANDAS DI SUKU AKHIR TERBUKA DENMARK

19/10/2024 09:03 AM

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Cabaran Malaysia pada kejohanan badminton Terbuka Denmark 2024 berakhir selepas wakil terakhir negara, Pearly Tan-M Thinaah tewas di peringkat suku akhir.

Beregu wanita utama negara itu terpaksa akur kepada gandingan Rin Iwanaga-Kie Nakanishi dari Jepun 20-22, 19-21 dalam aksi yang berlangsung hampir satu jam.

Untuk rekod ini merupakan kekalahan kedua Pearly-Thinaah kepada gandingan Jepun itu dalam enam pertemuan sebelumnya.

Pasangan Jepun itu akan berdepan pilihan kedua Korea Selatan Baek Ha Na-Lee So He di separuh akhir.

Terdahulu, beregu lelaki negara yang juga juara bertahan, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terkandas di pusingan suku akhir selepas tewas kepada wakil China, Chen Bo Yang-Liu Yi 20-22, 15-21.

-- BERNAMA

 

 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan