JENAYAH & MAHKAMAH

POLIS MOHON BANTUAN KESAN LELAKI HILANG

21/10/2024 10:33 PM

KUANTAN, 21 Okt (Bernama) -- Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak 11 Okt lepas di Taman Saga, Bentong. 

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan Khairul Amir Ismail, 24, pada 3.43 petang tadi. 

Beliau berkata lelaki itu berkulit sawo matang, mempunyai ketinggian dianggarkan 165 sentimeter dengan berat lebih kurang 60 kilogram dan kali terakhir dilihat berpakaian kemeja T berkolar (corak berbelang coklat putih) dan berseluar panjang warna hitam.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu tersebut diminta tampil ke balai polis berdekatan," katanya dalam kenyataan malam ini. 

Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi pusat kawalan daerah lbu Pejabat Polis Daerah Bentong di talian 09-2222222.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 

 

 

 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan