AM

LIMA MAUT NAHAS LIBAT LORI, KERETA

25/10/2024 05:52 PM

KOTA BHARU, 25 Okt (Bernama) -- Tiga lelaki dan dua wanita maut dalam kemalangan melibatkan sebuah lori dan kereta di Jalan Gua Musang-Lojing, hari ini.

Lima yang maut ialah Mohd Junaizi Jusoh, 48; Shazwani Ismail, 39; Farhana Ismail, 35; Muhammad Fakrul Danish Mohd Junaizi, 20; kesemuanya menaiki kereta Perodua Myvi dan pemandu lori G.Mageswara, 53.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 1.25 tengah hari dan tiba di lokasi kejadian 15 minit kemudian.

"Kerja-kerja mengeluarkan mangsa tersepit dilakukan menggunakan peralatan khas.

“Mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi hari ini.

-- BERNAMA

 

 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan