DUNIA

KEMENTERIAN LUAR PANTAU PERKEMBANGAN CADANGAN GENCATAN SENJATA MESIR

28/10/2024 09:15 PM

PUTRAJAYA, 28 Okt (Bernama) -- Kementerian Luar Malaysia mengakui cadangan damai yang diumumkan Mesir baru-baru ini, yang menggesa gencatan senjata awal dua hari di Gaza bagi memudahkan pertukaran empat tawanan Israel dengan beberapa rakyat Palestin yang ditahan sewenang-wenangnya oleh rejim Zionis Israel.

Kementerian itu dalam satu kenyataan pada Isnin berkata bahawa ia akan terus memantau perkembangan dengan teliti dan memberikan kemas kini jika perlu.

Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi memperkenalkan langkah interim ini sebagai langkah ke arah menyambung semula rundingan untuk gencatan senjata kekal, dalam tempoh 10 hari akan datang.

Beliau membuat cadangan itu semasa sidang akhbar bersama dengan Presiden Algeria Abdelmadjid Tebboune di Kaherah pada Ahad. 

-- BERNAMA

 

 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan