KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Tiga kawasan, masing-masing satu di Sabah dan dua di Sarawak merekodkan cuaca panas berjaga-jaga hari ini.
Berdasarkan status kemas kini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kawasan terlibat di Sabah adalah Telupid manakala di Sarawak membabitkan Lundu dan Kuching.
Menurut MetMalaysia tahap berjaga-jaga dikeluarkan sekiranya merekodkan suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
-- BERNAMA