AM

ISMAIL SABRI MENYANTUNI MASYARAKAT INDIA SEMPENA DEEPAVALI

30/10/2024 08:10 PM

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Pengerusi Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meneruskan tradisi menyantuni masyarakat India sempena perayaan Deepavali di Little India, Brickfields di sini.

Ismail Sabri yang juga bekas Perdana Menteri berkata tradisi itu telah dilakukan sekian lama sejak menjadi menteri lagi. 

“Walaupun berbeza agama dan budaya, tetapi kita merayakan Deepavali ini bersama-sama. Buktinya seperti yang kita dapat lihat di sini apabila yang datang membeli belah bukan sahaja daripada kaum India tapi juga kaum-kaum lain seperti Melayu dan Cina serta warga asing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyantuni masyarakat India yang melakukan persiapan akhir perayaan itu.

Turut hadir Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M Saravanan.

Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera turut mengucapkann Selamat Hari Deepavali kepada semua kaum India yang beragama Hindu di Malaysia.

-- BERNAMA

 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan