AM

RIBUT PETIR DIRAMAL DI EMPAT NEGERI HINGGA 5 PETANG - METMALAYSIA

01/11/2024 04:08 PM

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda empat negeri hingga 5 petang ini, demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia menerusi amaran cuaca yang dikeluarkan pada 2 petang ini memaklumkan negeri terlibat ialah Pahang membabitkan daerah Bentong, Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin) serta seluruh Melaka. 

Sementara itu, di Johor melibatkan daerah Tangkak, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi serta Johor Bahru.

-- BERNAMA


 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan