“Bagi kampung angkat di Hulu Besut, MOF telah membina empat Pusat Penempatan Banjir Kekal (PPK) di empat kampung bagi kegunaan penduduk terutama ketika musim banjir.
“Selain itu, sebanyak 25 bot turut disediakan bagi menghadapi banjir kepada 10 kampung di bawah program ini di samping penyediaan pelbagai kemudahan lain yang keseluruhan bernilai RM2.5 juta,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata Karnival Kampung Angkat MADANI yang berlangsung bermula Khamis lepas hingga hari ini, antara lain memberikan peluang kepada masyarakat setempat menerima pelbagai perkhidmatan kerajaan seperti pemeriksaan kesihatan dan sebagainya.
-- BERNAMA