KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Rangkaian lebih 100 kedai dan restoran termasuk gedung MUJI terbesar di Malaysia dan H&M Home yang pertama antara tarikan di OASIS, ruang beli-belah terbaharu di Sunway Pyramid yang mula dibuka kepada orang ramai baru-baru ini.
Berkeluasan kira-kira 27,871 meter persegi, pusat beli-belah empat tingkat itu juga menampilkan Caudalie Spa pertama di Asia Tenggara; Dandy, yang menawarkan pelbagai makanan halal daripada sajian moden Mediterranean hingga ke pastri dan pencuci mulut; dan VCR, kafe gaya Melbourne.
“Itu hanya sebahagian kecil sahaja. Dengan lebih 100 kedai antarabangsa dan tempatan termasuk daripada jenama terkenal dan unik ditawarkan di OASIS sekali gus tambahan kepada lebih 1,000 kedai yang sedia ada di Sunway Pyramid, ia sudah pasti menjanjikan pengalaman membeli-belah yang tiada tandingnya.
“Antara yang dinanti-nantikan dan bakal jadi tumpuan ialah Urban Revivo, Sports Direct, OGA Tea & Dessert, Laneige, Tan Yu dan Akemi Home,” menurut Sunway Pyramid dalam kenyataannya.
Dibuka pada Jumaat lepas, OASIS adalah kesinambungan daripada visual ikonik Sunway Pyramid yang menghubungkan Orange Atrium (Sun) dan Blue Atrium (Nile River), dengan gambaran bentuk aliran bukit pasir melalui garisan lembut dan berombak di siling, lantai, dan pencahayaan.
OASIS turut menyediakan kawasan tempat duduk Papyrus Flower lebih luas yang diilhamkan daripada tumbuhan purba papyrus, terletak di aras LG1 dan Ground Floor untuk mengajak pengunjung berhenti sejenak, berehat dan menikmati suasana sekeliling sebelum menyambung semula aktiviti membeli-belah mereka.
Selain itu, pengunjung OASIS juga berpeluang membeli-belah di pasar raya Jaya Grocer yang baru dibuka bertemakan Eropah di aras LG2, dengan tawaran pelbagai pilihan barangan termasuk di stesen pemotongan makanan laut, trak ladang Cameron Highlands yang ditambah baik serta ruang wain dan keju.
“Pembeli boleh memilih pelbagai jenis wain daripada yang meraih anugerah seperti Senarai Wain Lima Bintang 2024 oleh Hank hingga kepada yang diiktiraf Sommelier Association of Malaysia. Konsep baharu Jaya Grocer ini juga menawarkan pelanggan yang mencari makanan segera dengan snek ringkas dan makanan untuk dibawa pulang di I’m Bagel, K Kitchen, Baker’s Son dan Toyosuya,” menurut kenyataan itu.
Sebagai sebahagian daripada komitmen pusat beli-belah itu untuk meningkatkan kemudahan dan aksesibiliti, OASIS dilengkapi dengan eskalator semua serba baharu dari aras LG2 hingga ke CP7, yang membolehkan pengunjung bergerak dengan mudah ke pelbagai tingkat.
OASIS turut menyediakan tandas pintar yang dilengkapi sistem Internet-of-toilet (LoT), teknologi terkini ke arah kemudahan moden termasuk pengesan amonia, lampu isyarat digunakan, mangkuk tandas dengan fungsi bidet belakang dan depan, sistem pengudaraan rendah di setiap tandas dan kubikel yang menarik keluar bau, serta sistem backend bagi mengesan dan membetulkan komponen yang rosak.
“Tandas berkenaan juga mempunyai butang kecemasan yang menyalurkan isyarat amaran kepada pasukan bertanggungjawab untuk bantuan. Kini adalah masa untuk penggunaan tandas yang menggabungkan fungsi moden dan berseni,” menurut kenyataan itu.
Untuk meraikan pelancarannya, bermula sekarang hingga 31 Dis pengunjung yang membeli-belah di OASIS berpeluang memenangi hadiah menarik termasuk hadiah utama model terbaharu kereta GWM iaitu GWM HAVAL H6 HEV.
“Pengunjung hanya perlu berbelanja minimum RM200 dalam satu resit dan hadiah menarik bernilai hingga RM500,000 sedia untuk direbut,” menurut kenyataan itu.
Menerusi pembukaan OASIS, Sunway Pyramid berharap untuk menawarkan pengalaman baharu yang menarik dan menggembirakan kepada setiap pengunjung yang melangkah masuk ke pusat beli-belah tersebut.
Untuk maklumat lanjut dan terkini mengenai OASIS di Sunway Pyramid boleh layari laman web www.sunwaypyramid.com atau menerusi semua saluran media sosial Sunway Pyramid.
-- BERNAMA
(Penafian: Ini adalah artikel advertorial berbayar. BERNAMA tidak bertanggungjawab terhadap kandungan, ketepatan dan pendapat yang disiarkan dalam artikel tersebut.)