KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives tinggi dalam dagangan awal hari ini.
Pada 9.19 pagi, kontrak November 2024 naik 7.0 mata kepada 1,628.0, Disember 2024 meningkat 8.0 mata kepada 1,633.0, Mac 2025 menambah 6.5 mata kepada 1,620.5 dan Jun 2025 menokok 9.5 mata kepada 1,629.0
Jumlah dagangan sebanyak 813 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 35,397 kontrak.
Indeks petunjuk pasaran FBM KLCI naik 1.24 mata kepada 1,624.52 selepas 39 minit dagangan.
-- BERNAMA