KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, di tengah-tengah ketegangan geopolitik yang semakin meningkat di Asia Barat yang sekali gus melonjakkan permintaan pelabur.
Kontrak bulan semerta November 2024 meningkat kepada US$2,597.70 setiap auns troy daripada US$2,572.30 setiap auns troy pada Jumaat minggu lepas.
Manakala kontrak Disember 2024, Januari 2025, Februari 2025 dan April 2025 kekal pada US$2,611.10 setiap auns troy berbanding US$2,585.80 sebelumnya.
Jumlah dagangan merosot kepada satu lot daripada lapan lot pada Jumaat, manakala kepentingan terbuka susut kepada 26 kontrak daripada 36 kontrak sebelumnya.
Mengikut London Bullion Market Association pada 15 Nov, harga fizikal emas kekal pada US$2,571.80 setiap auns troy.
-- BERNAMA