DUNIA

NIAGA HADAPAN FBM KLCI DITUTUP TINGGI

19/11/2024 08:35 PM

KUALA LUMPUR, Nov 19 (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)  di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini.

Kontrak bulan semerta November 2024 dan Disember 2024 menambah 2.5 mata masing-masing kepada  1,604.5 dan 1,608.5, manakala Mac 2025 dan Jun 2025 meningkat 2.0 mata masing-masing kepada 1,598.5 dan 1,606.0.

Jumlah dagangan menyusut kepada 6,244 lot daripada 7,342 lot pada Isnin manakala kontrak kepentingan terbuka menurun kepada 39,191 kontrak berbanding 40,449 sebelumnya. 

Pada 5 petang, FBM KLCI merosot 1.70 mata untuk ditutup pada 1,602.34 berbanding 1,604.04 pada sebelumnya.

 

 -- BERNAMA

 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan