DUNIA

NIAGA HADAPAN EMAS DITUTUP TINGGI

21/11/2024 10:15 PM

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini disokong oleh minat belian baharu di tengah-tengah perang antara Rusia-Ukraine, kata penganalisis.

Beliau berkata perang di Ukraine dan kemungkinan ia merebak sebagai konflik serantau serta wujudnya ancaman senjata nuklear, mewujudkan risiko dan ketidaktentuan, sekali gus mendorong peningkatan kos barangan dan perkhidmatan.

Kontrak semerta November 2024 meningkat kepada US$2,670.30 setiap auns troy daripada US$2,627.30 setiap auns troy pada Rabu.

Kontrak Disember 2024, Januari 2025, Februari 2025 dan April 2025, masing-masing ditutup tinggi kepada US$2,683.70 setiap auns troy daripada US$2,640.40 sebelumnya.

Jumlah dagangan meningkat kepada 12 lot daripada lapan lot semalam manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 31 kontrak daripada 26 kontrak sebelumnya.

Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 20 Nov, harga emas fizikal berada pada US$2,640.55 setiap auns troy.

-- BERNAMA

 

 


 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan