AM

POLIS MINTA BANTUAN ORANG RAMAI KESAN DUA REMAJA PEREMPUAN HILANG

21/11/2024 10:35 PM

IPOH, 21 Nov (Bernama) -- Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan dua remaja perempuan dari Ipoh yang dilaporkan hilang sejak minggu lepas.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata kedua-dua remaja berkenaan ialah K. Rimashini, 15, dan Nur Adleena Batrisyia Mohd Saiful Nourman, 16.

Abang Zainal Abidin berkata Rimashini yang beralamat di Medan Klebang Prima, Chemor dekat sini dilaporkan hilang dari 12 Nov lepas.

“Nur Adleena Batrisyia yang beralamat di Taman Pakatan di sini pula dilaporkan hilang pada 18 Nov,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata bagi kes Nur Adleena Batrisyia, mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi penolong pegawai penyiasat kes SI Mastiah Itam menerusi talian 012-5687579 manakala bagi kes Rimashini, sila hubungi ASP Mahani Mohammed 019-2618221.

Orang ramai juga boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh melalui talian 05-2451500 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

-- BERNAMA

 

 

 


 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan