DUNIA

NIAGA HADAPAN FBM KLCI RENDAH DALAM DAGANGAN AWAL

26/11/2024 11:15 AM

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives rendah dalam dagangan awal hari ini.

Pada 9.29 pagi, kontrak November 2024 jatuh 1.0 mata kepada 1,600.0, Disember 2024 susut 0.5 mata kepada 1,605.0, Mac 2025 naik 0.5 mata kepada 1,596.5 manakala Jun 2025 merosot 2.5 mata kepada 1,602.5.

Jumlah dagangan sebanyak 7,192 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 43, 698 kontrak.

Petunjuk pasaran FBM KLCI naik 2.76 mata kepada 1,600.21 selepas 29 minit dagangan.

-- BERNAMA  

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan