KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 28 Nov hingga 4 Dis ini.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia kekal pada paras RM2.95 seliter manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan turut tidak berubah iaitu RM2.15 seliter bagi tempoh sama.
Menurut kenyataan itu penetapan harga dibuat berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.
“Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terpelihara,” menurut Kementerian Kewangan.
-- BERNAMA