AM

GUARDIAN MALAYSIA PERKENAL VISI JENAMA, KEMPEN BAHARU

28/11/2024 05:35 PM

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Guardian Malaysia, perundit farmasi, kesihatan dan kecantikan terkemuka Malaysia hari ini melancarkan visi jenama dan kempen baharu yang lebih mantap, menyeru rakyat Malaysia menghargai keunikan diri dan “Serlahkan Pesonamu. Utamakan kesejahteraanmu”.

Dalam kenyataan hari ini, mesej guardian itu memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia daripada semua peringkat umur dan latar belakang, mencetuskan satu tindakan yang membolehkan semua orang mengenali diri sendiri dan berbangga dengan perjalanan kesejahteraan mereka.

Pengarah Urusan guardian Malaysia Priscilla Wu berkata inisiatif berkenaan lebih daripada sekadar usaha pemasaran, ia adalah sumbangan ikhlas terhadap pemerkasaan diri.

“Ini lebih daripada kempen, ia adalah kuasa pemerkasaan diri. Kami percaya bahawa setiap orang berhak untuk kelihatan, merasa dan hidup dengan sebaik-baiknya pada setiap peringkat kehidupan,” katanya.

Kenyataan itu berkata misi yang diperbaharui itu juga adalah janji guardian untuk menyokong setiap pelanggan dalam usaha mereka mencapai kesejahteraan hidup, mengingatkan mereka bahawa setiap langkah perjalanan adalah penting.

Guardian, jenama tempatan yang diasaskan 57 tahun lepas, dengan bangganya telah berkhidmat kepada rakyat Malaysia, menjangkau lebih satu perempat daripada penduduk negara dan memenuhi pelbagai keperluan kesihatan serta kecantikan mereka.

Guardian juga melancarkan video jenama terbaharu mereka, yang mengajak rakyat Malaysia berkongsi emosi dan mencabar penonton untuk memiliki kesejahteraan, mengatasi cabaran hidup dan menerima kecantikan serta keunikan mereka.

Video itu turut merakamkan detik-detik pada hari biasa dalam kehidupan seharian yang membentuk keindahan dalam setiap cabaran dan kejayaan, memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mengawal kesejahteraan mereka, satu detik pada satu masa.

“Guardian sentiasa di sini, setiap langkah perjalanan bersama anda, seperti yang telah kami lakukan bersama datuk dan nenek anda, ibu bapa anda, dan kami akan terus menjadi sahabat anda, untuk anda dan seisi keluarga anda, membimbing rakyat Malaysia ke arah kehidupan yang lebih sihat dan indah.

“Bukan itu sahaja, kempen baharu yang menarik dari guardian ini juga memperkenalkan enam visual memukau yang mewakili pelbagai kategori kesihatan dan kecantikan yang tersedia di kedai. Ia direka untuk memenuhi setiap keperluan penjagaan diri dan kecantikan, serta memberi inspirasi kepada semua orang untuk “Serlahkan pesonamu. Utamakan kesejahteraanmu” dengan cara mereka sendiri,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memberitahu, logo ‘g’ baharu guardian yang segar dan elegan turut diperkenalkan, dengan reben beralun yang mencitrakan hubungan mendalam dan saling terhubung kait antara guardian dan pelanggan di setiap peringkat kehidupan.

Priscilla berkata guardian mahu memberi impak dalam kehidupan orang ramai dan komuniti yang dilayani, serta komited untuk menyokong perjalanan setiap individu menjadi diri terbaik mereka.

“Hubungan kami dengan pelanggan sangat erat- ia sangat peribadi, tulen dan bermakna… Tiada peruncit lain yang boleh menandingi kami pada skala sebesar ini, dan kami bangga untuk menerajui jalan ini,” katanya.

-- BERNAMA

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan